Perlukah? Kenapakah?

“You’re looking like you’re low on energy,” It’s Hard To Get Around The Wind by Alex Turner.

Alamak, Anak Pak Man tulis bahasa sekali lagi. Awatnya ceq? Saja, suka-suka. Buruk-buruk pun saya punya penulisan bahasa ni, saya tetap nak tulis. Kalau anda dan anda tak faham, saya minta maaf lah awal-awal. I’m sorry.

Pertama sekali, saya nak mungucapkan terima kasih kepada semua orang yang sokong saya dan pertahan saya selama ini. Saya sangat menghargai semuanya, serius.

Now on to the beef.

Saya dok perhati lah kan, bila ada orang Melayu ni buat benda yang tak berapa nak elok (macam video haters yang dok femes tapi kena remove dah lani tu), orang Melayu lain macam cepat ja nak tegur (terutamanya dalam alam maya). Itu saya puji. Betul, teguran-teguran itu sangat perlu untuk mengingatkan orang yang mungkin terlupa akan apa itu kebaikan atau nilai-nilai murni seperti yang diajar oleh cikgu-cikgu kita di sekolah dulu. Bagus betul orang-orang yang berani menegur ni. Lebih baik ialah orang yang menegur secara berhikmah. Sangat saya hormat.

Akan tetapi, akan ada banyak lah jugak ayat-ayat yang macam ni diperkatakan:

“Macam ni lah Melayu! Orang sendiri nak naik ja kira nak dengki!”

“Melayu kira nak dengki ja! Tak leh ka nak hepi atas kejayaan orang lain?”

“Sampai bila Melayu nak maju kalau macam ni perangai?”

Dan semua ayat ni akan dikeluarkan oleh orang-orang Melayu sendiri.

Kenapa?

Saya tengok ras-ras lain, ramai ja yang buat benda yang menunjukkan yang mereka kurang terpelajar, tapi tadak pulak depa nak komen “Ni la orang puteh! Budak baru nak naik pun terus kondem!” Kalau ada pun, akan dicop racist oleh orang mereka sendiri.

They don’t like using race in their criticism. Why do we do it?

Sebelum ada sesiapa yang kata saya membuat kenyataan yang berunsur membenci kaum saya sendiri dan dilabel pembelot bangsa, saya cuma ingin menerangkan yang apa yang saya luahkan di sini ialah soalan. Bukan pendapat. Saya tak kata teruk, saya tak kata bodoh, saya tak kata apa. Saya cuma menanyakan soalan.

Perlukah melibatkan kaum dalam teguran-teguran kita? Jika ya, kenapa? Jika tidak, kenapa orang guna?

Kenapa orang selalu associate “Melayu” dengan nilai yang negatif seperti selalu lambat, malas, dengki dan riak? Kenapa ada kenyataan-kenyataan yang seperti berikut:

“A: Kata nak jumpak pukoi 2.30, lani dah pukoi 3.30 dah, takdak sapa pun lagi ni..
B: Biasalaa, janji Melayu..”

“A: Kalau ada orang baru nak jadi femes ja, truih ramai yang dok ngata macam-macam..
B: Biasalaa, Melayu..”

“A: Dulu dia ok ja ngan aku, tapi sejak dapat kawen ngan artis tu, dah tak tegoq dah member lama macam kita neh..
B: Melayu kan? Biasalaa..”

What you need to understand here is that selalunya, both A dan B adalah sesama Melayu jugak.

Perlukah? Kenapakah?

I would love to hear your comments on this. And please good people, jangan dok komen “Biasalaa, Melayu..” Please, I don’t need that.

May peace be upon you.

Cheers!

Related Posts :

  • "Fill in a circular hole with a peg that's square," Don't Sit Down 'Cause I've Moved Your Chair by Arctic Monkeys. Saya diberitahu oleh bapak saya ...

  • "It's in the pain that I can see," Merit for Sadness by Haste The Day.After forever of not posting anything, a tag.Enjoy!Note: You're going to hav ...

  • "Where are you?", I Miss You by Blink 182.Saya ada kawan,Namanya Fadzlan*,Sekarang bersedihan,Kerana kecurian.Laptopnya telah dicuri,Telah ia diba ...

  • "Mata dalam kaca, topi berceloreng," Bawaku Pergi by Zizan and Kaka.Ada satu yang bukan haiku, tapi saya sertakan kerana ia merupakan sesuatu yang ...

  • new blog, new commitment..as if i don't have enough already..haaiihh..whatever, seems like fun..and i have always wanted a diary..its just that ge ...

This entry was posted in Blog. Bookmark the permalink.

16 Responses to Perlukah? Kenapakah?

  1. syafone88 says:

    ya,i like this topic..mmg keadaan mcm ni tak boleh nak disangkal lg..kita slalu tend to complain and condemn bangsa kita sendiri if they did anything wrong…it was like, wajib kena state ‘melayu’ bla..bla..bla…to me,its all about our mentality..hidup kita dah sebati dgn benda2 mcm ni, misalnya melayu malas,tak punctual n so on…jd,for the next,next n next generation,benda ni will be repeated and ‘melayu’ will be condemned again n again till ‘melayu’ itu sendiri berubah to be a better human..

  2. Hamizah says:

    aku rasa menda tu dah jadi adat kot..
    kadang2 kita tak mean pon nak cakap menda tu..
    tapi secara spontan sebut sbb selalu sebut..
    dengaq orang sebut pastu siap amal lagi tu..
    tu yang jadi camtu… 2 pendapat aku la..

    hmm try baca entry ni.. da skit kaitan la skit dgn menda yang hg cakap 2..

    http://zackzukhairi.blogspot.com/2010/08/saya-bukan-orang-jepon-ok.html

  3. zulkifly says:

    sebab mindset dah macam tu kot.. bukan orang melayu ja… orang malaysia senang cerita.. sebab aku tengok macam benda-benda macam ni dah jadi budaya.. tgk ja kalau isu datang lambat…. janji 8.30.. datang jam 9.00… kalau majlis2 macam tu.. orang suruh datang 8.30… tp 8.30 baru nak jalan dari umah… kalau tanya kenapa.. jawapannya ” ala.. buat apa datang awal.. mesti jam 9.30 punya baru start”.. huhu… tu la mentaliti kebanyakan orang malaysia skang…

  4. Amie says:

    tak perlu. kita sebagai melayu harus ubah mentaliti, jangan dok sibuk nak komen orang lain, kita sendiri kena betulkan diri sendiri, siapalah kita ni untuk judge orang lain kan ? just save the energy of hating & being the typical melayu, and try to change for a better Muslim. that’s what matters. just my 2 cent ! :)

  5. cheetahazmah says:

    i think its a trend of answering when these situations come up. nothing personal i guess. they don’t mean it in a way to actually dishonor their race. But you do have a point , and the point is ; why do you have to use your own race when you’re talking especially about negative stuffs? no one really has a good reason to it. maybe its because this is how the malays have been since … i don’t know when. truly , not that its our fault entirely , but still , it sure started somewhere among us. that’s all. :)

  6. Zoul says:

    pada pendapat aku, kebanyakkan org melayu yang bagi komen macam tu, salah satu sebabnya dia nak dia kelihatan lebih hebat berbanding org lain yang sama kaum ngan dia tuh. kononya bila dia berkata begitu, dia akan dilabel sbg bukan typical melayu, or melayu y hebat or even up-to-date. dan selalunya orang yang berkata begitu, dia lebih suak meng’highlight’ keburukkan org lain, selain diri dia. so org akan consider dia konon2nya angel la. but then, selalunya orang ni jugak la yang buat apa yang di komen orang lain buat tuh…

    *mood penin membaca ayat sendirik…hahahaha

  7. Marni says:

    Besa laaaaa… nama pun Melayu~~~

    Oops… just kidding. hehe :P

    tapi betui la I’m soooo with you la on this matter… sy yg sendiri Melayu pun meluat dengaq ayat typical ni, especially dalam page2 Melayu kat FB. Kalau kita komen ckit, kata kita nak jatuhkan bangsa sendiri la apa la… I was like, wadahek??? takkan la langsung takleh nak bagi komen membina kot… tapi betui la kadang2 tu orang yg mengomen tu amboi2 nak pedaaasss ja kan ayat2 tu… as if dorang tu perfect sangat… but that’s another story la kan. lain kali kita cerita lain. heh =D

  8. Nadia says:

    Kita berbalik kepada sejarah. Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, yang celik. Tatkala wanita melayu sudah lali dengan segala jenis bau-bauan dan wangi-wangian (perfumes), wanita di Portugal masih masam ketiaknya. Bahasa kita pernah menjadi bahasa lingua franca pada suatu waktu dulu. Maka, mengapa hari ini, saat ini, dewasa ini, kita disogokkan dengan istilah melayu bodoh? melayu malas? janji melayu? masa melayu?
    Tidak dinafikan, bukan semua Melayu begitu, malah tidak juga dinafikan adakalanya orang Melayu lebih hebat daripada bangsa lain (tiada niat untuk mewujudkan isu perkauman). Tetapi, penjajahan telah mengelabui mata bangsa kita, penjajahan telah mempengaruhi pemikiran dan sistem serta nilai hidup kita. Cerita-cerita rakyat seperti Pak Pandir (memaparkan watak Melayu yang bodoh), Angan-angan Mat Jenin (memaparkan watak Melayu yang suka berangan-angan kosong), Lebai Malang (memaparkan watak Melayu yang tamak) disogokkan kepada anak-anak Melayu kita menjadi suatu cerita yang mesti dibaca dan didengari. Menjadi suatu cerita dan intipati dalam sistem pendidikan kita. Juga perlu kita ingat bahawa sistem pendidikan kita hari ini dasarnya adalah penjajahan British pada suatu masa dulu. Saya tidak skeptikal untuk meletakkan kesalahan 100% kepada penjajahan British, tetapi apa yang ingin saya sampaikan ialah pengaruh penjajahan di Tanah Melayu sedikit sebanyak menyumbang kepada apa yang berlaku sekarang. Bangsa Melayu bukanlah bangsa pemalas yang dikatakan kebanyakan orang Melayu itu sendiri. Bangsa Melayu pernah menjadi hebat, dan dewasa ini pun bangsa Melayu ada yang menjadi hebat. Hentikanlah skeptikal dan kebiasaan yang berlaku ini, lantas mari sama-sama kita merenung dan berfikir sejarah yang telah tertulis. Bukan untuk memandangkan ke belakang tetapi untuk kita melangkah ke hadapan. Sesiapa yang melupai sejarah, ia akan mengulanginya.

  9. RK1212 says:

    I don’t like to place blame on others, but… I think it’s because of how we view our own race. A long time ago, so much emphasis had been put on how we should preserve our race, the honour and the legacy that the Malay race symbolises, even to the point that other races in this country may feel like they’ve been cut off from fair treatment (but let’s not touch politics here). So now, the mindset is that we should be upstanding and righteous individuals, not because of moral values or general decency, but because we are Malay. So any negative traits that we have and the bad things that we do is attributed to us not holding up our responsibilities as a Malay, instead of us being mortals and having imperfections just like every other race. And I guess it became a trend to bring our race into the equation when criticising people?

    Anyway, that’s just what I think lah. Maybe you could share with us your theory? I do notice that it’s much less prevalent in more open-minded circles, so I have hope that with time, the tendency to do this will fade. :)

  10. wildan says:

    yeah btoi2.klau dkat fb nk kritik pon x bleh trima.bila kritik kna response yg pedaih mcm “toksah dok dakwah tg ni la” xpon “u klau nk comment ceni,x pyah tgok la gmbaq i,annoying la” dan byk lagi.majoriti dah jd mcm ni.pyah skali nk tgok comment mcm ni “oh ya ka?trima kasih” or “sorry2 nnt sy ubah”.dan dssbbkn itu,sy deactivate account.rsa tenang ckit.klo x marah ja mmnjang.mgumpat pon bleh jd.dr dok buat dosa kering,baik deactivate.

    sy rsa mntality mcm ni kna ubah.think positive and accept the fact.malaysians need to learn that.bila org ckp jgn buang smpah knapa x mau ikut ja.knapa nk complaint dan buat kecoh.at last,impact dia kna tg batang hdung jgak.bila kena,complaint lg.then ckp, ”melayu teqa tu dah”.sbnaqnya org yg ckp mcm tu adalah dlm kalangan melayu yg close minded.hes actually critics himself.

    kurang dedahan tntang keburukan dan kebaikan sesuatu.didkan agama jugak kot.dan pengaruh sekeliling.lg satu kbayakannya suka pndang rendah negara sendiri.x tgok lg bhgian malaysia yg lg satu.jgn tgok tang buruk ja.kita dok tgok negara lain elok ja.dah depa tnjuk yg elok.yg buruk tarak expose aih.depa pon mst ada area yg kotoq.cba tgok yg baik.malaysia la ni dah banyak brubah.smakin moden dn cnggih.byk kmudahan yg bagoih2.x caya tgk putrajaya ka cyberjaya ka.snow pon ada.wokkeh,hbih dah luah.kekeke.anyway malaysia boleh!

  11. Mawar says:

    I suppose I’m one of those people guilty of condemning my own race. But I do it with good intentions and for a good cause, sebab orang Melayu ni, one of the characteristics is that kalau tak cakap, mmg tak buat. Kalau ckp pun, tak tentu buat. So kene provoke. Biar sedar sikit.

    Don’t get me wrong, I care about my race. I mean, I’m pure Malay myself. But I can’t stand that being Malay means I’m associated with narrow mindedness, non educated, speaks terrible english, berhasad dengki and tak tau nak bergaul dengan kaum lain.

    Stereotypes happen for a reason, because it’s almost always true. People like myself, we’re just trying to break the stereotype, albeit in a non-conventional way.

    Orang guna the phrase “biasala, Melayu…” sebab bangsa melayu ni apathetic. Even about their own selves. Which is sad. But that is my theory on why people use that phrase lah.

    But thanks for this post, it got me thinking why only Malays do it. haha.. never thought about it before.

    Salaam.

  12. Hilmi says:

    Ada ke orang cakap macam tu? Kengkawan aq takde plak cakap macam tuh. Hmm…nampak nyer bukan semua Melayu skarang nih cakap macam tuh…tapi apa aku tau kan? Aku cumer 14 tahun.

  13. Aida says:

    sadly, i think im one of those people who say stuff like “biasalah, melayu”. bkn niat nk mengutuk bangsa diri cme kte dr kecik lg dh biasa dgr org ckp mcmtu. that’s why words mcm “typical malays” exist. but i dont think only malay does it. ade jgk org ckp.alaa, biasala tu org cina. biasala tu org india. sng cte. semua kaum ade keburukan masing2. i think its because malaysian pnye mentality. they see the bad then the good. kira smeorg pikir, melayu otak sempit. tp bkn melayu jek yg otak sempit. i think malaysians otak sempit. not all la. just some of it.

    kerana nila setitik rosak satu belanga. sbb tu kot peribahasa tu wujud. to me ade jek melayu yg tepati masa sme tu. i , myself org melayu. its not about the race. sometimes we people even argue about sexes. kalau drive teruk jek perempuan. thats fr example. even us females say those kinda stuff. not because we think that we can’t drive. its because people around us keep telling us so. and when we see someone drive mcm teruk gle unconsciously we think that the driver is a lady.

    so, my conclusion is every races have their typical thing. typical malay, typical chinese, typical indians. mungkin sbb malaysia ni terdiri drp 60% melayu kte cme dgr org melayu jek ckp cmtu. mungkin cina pn de ckp. tp kte x paham bahasa dieorg.

    just one of my theory :)

  14. thecontagious1 says:

    I agree 100% with this. Even I do this a few times but you made me realize my mistake. Thank you. And now I’m starting to love my race and my country and the people here.

  15. Syed Azli says:

    Kalau ada yang cakap ni adat rasanya dia maksudkan tabiat..Sebab saya rasa sebab da selalu sangat cakap/komen macam tu dia da jadi tabiat..Rasanya adat kita takda pun cakap macam tu dalam bahasa kita ni..Bukan apa orang kita ni dia suka peringat2kan diantara satu sama lain, bagus amalan ni..tapi kalau da salah cara? kalau da salah jadi tabiat pula? kita da wujudkan bangsa yang bukan lagi ikut tatatertib budaya melayu yang sebenarnya..
    Ingat setiap kata2 yang keluar dari mulut tu DOA..

  16. adam naim razaliegh says:

    lah… citernye… igt an org bgsa asing je wat gini… rupenyer… org kita pon buat… hai… malu je….

Leave a Reply